Majlis Pelancaran EKSA

Majlis pelancaran pelaksanaan EKSA di Hospital Slim River telah diadakan pada 8 Julai 2016 bersempena dengan perhimpunan bulanan Julai 2016. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, Dr. Hj. Mohd Yassim Bin Abdul Rahman dan dihadiri oleh 300 orang warga kerja HSR. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuklah tayangan video pengenalan EKSA dan edaran pamplet EKSA kepada semua hadirin yang hadir.